uhuk²

Posted in coretan with tags on October 21, 2009 by paparock02

uhuk²…mak aiii..bersarang dah blog kesayangan aku nie..ehehhe mana taknya pas raya sampai skang aku tak penah nak updated coz byk tul undangan open house + keje opis lak berlambak kena settlekan..ehehe
but anyway ada masa nanti akan aku update satu persatu dlm blog aku nie..cao.. ;)

Ayahanda

Posted in Doa, coretan with tags , , , on September 18, 2009 by paparock02

BUAT AYAHANDAKU TERCINTA

DSC04585

Ayah,
Tatkala umat Islam bergembira menyambut Hari Raya pertama dan kedua dengan penuh keriangan,
Anakandamu ini menyambut dengan penuh kehibaan dan penuh kesedihan,

Ayah,
Kasih sayangmu tidak pernah luput dalam sanubariku,
walau setegas mana caramu mengajarku erti kehidupan,
namun aku tidak pernah luntur menyayangi, merindui dan mencintaimu

Ayah,
kenangan bersamamu tidak dapat ku tampung dengan kedua tanganku,
setiap detik, setiap waktu aku inginkan pelukan, ciuman dah nasihat darimu,

Ayah,
Andai diberi peluang oleh Yang Maha Esa,
aku ingin berjumpa dengan mu walau seketika hanya ingin memeluk erat tubuhmu dan aku ingin mengatakan bahawa
aku merinduimu dan menyayangimu seluruh sanubariku

Ayah,
Kini kau telah kembali ke hadrat Illahi semasa hari raya kedua tahun 2005
aku lemah tanpamu ayah
aku ingin mencium tanganmu dipagi hari raya
aku ingin seperti orang lain yang menyambut hari raya bersama Ayahanda mereka

Ayah,
kini aku hanya mampu sedekahkan Yassin, Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan
membersihkan pusaramu buatmu Ayahandaku..
Damailah dikau disana menemui Tuhan Yang Maha Esa,
Semoga dikau tenang dialam sana..amin…

Al-Fatihah buat Arwahyarham Ayahanda..
Haji Abd Wahab Bin Haji Shamsuddin
1942 – 2005

DSC04587 DSC04583(2)
DSC04585 DSC04584

Salam Aidilfitri

Posted in coretan with tags , , , on September 14, 2009 by paparock02

Assalamualaikum,

“Buat semua sahabat, teman, kawan & para pengunjung blog paparock ini, disini paparock ingin mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Hari Raya – Aidilfitri, Maaf zahir dan batin..” Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafi dan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk lagi hodoh itu datangnya dari saya sendiri..Semoga dengan kedatangan Syawal yang bakal tiba nanti semakin erat tali silaturrahim antara kita..InsyaAllah” – Ikhlas dari Paparock.

Rambut disisir sehari-hari
agar kelihatan segak dan tampan
Paparock menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap dimaafkan

Sekian,

// inilah hasil Kad Raya paparock utk thn 2009..dah buntu idea tarak..

raya-2009-2

Iklan Raye

Posted in Movie Clip with tags , on September 14, 2009 by paparock02

Salah satu my fav iklan time raya..

// Iklan Raya Petronas 2003 – alkisah janda beranak tujuh

lagi² Kad Raye

Posted in Karya Seni with tags , , on August 27, 2009 by paparock02

aduh…sakit kepala ku…(cam dlm iklan..) thn nie design kad raye yg cam mana la aku nak buat ni…biasa kalau time² cam gini byk tul idea masuk…skang nie plak buntu semacam jerk…adoiii…Hrp² sebelum raya dpt la idea kad raya utk thn nie..amin…But anyway kat bawah nie design kad² thn lepas punya…

// gambar kad atas thn 2006, kad bawah skali thn 2007, kad belah kanan skali kad thn 2008
kadlama

Kad Raye kekawan & Others

kat bawah nie lak versi Kad Raye kekawan aku thn lepas yg aku buatkan atas permintaan derang….bkn utk kekawan je tapi utk chalet pak mertua & adik² ipar aku pun aku buatkan…

// thn nie kalo derang nak suh buatkan lagi aku charge sorang 18 ribu ringgit..bkn rupiah ar..ehehehe

Kad utk chalet pak mertua aku

raya-2009-test-3

Kad utk adik² ipar aku

kad-meera kad-raye-ani kad-ewan

Kad utk best pren aku

kad-den-09 rahim-gagak kad-den

Kad utk opis aku – thn lepas

kad-de-09

Kad utk opis bini aku – thn lepas

kad-fom-admin-berkaler

Kad utk opis member aku – thn lepas

kad-fit-09

Kad utk team Futsal aku – thn lepas

kad-raya-taqis

Kad utk GenG Mancen – thn lepas

kad-mega-dac

Salam Ramadhan

Posted in coretan with tags , , on August 21, 2009 by paparock02

Assalamualaikum,

Paparock ingin mengucapkan “Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak” kepada semua pengunjung² blog paparock yg tak seberapa nie…mintak maap mintak ampun kalo ada penulisan² paparock yang ada membuatkan korang kecik ati, loya nak baca ehehehe & etc…

Semoga dengan tibanya bulan yang penuh dengan keberkatan nie, segala amal dan ibadah kita akan diterima Allah S.W.T hendaknya…InsyaAllah…

bln-ramadhan-2
// kad nie dicipta sendiri oleh paparock

Pengistiharan Puasa 2009

Posted in coretan with tags , , on August 21, 2009 by paparock02

+ mlm nie dah start tarawikh
+ mlm nie kena pasang niat puasa full sebulan..kalau terlupa nak niat untuk puasa esok lusa pun tak jadi masalah coz dah niat sebulan mlm nie..ehehe
+ nak tingkatkan amal ibadah sepanjang bln Ramadhan dan bln2 seterusnya..InsyaAllah..

Andai kau tahu

Posted in Agama, coretan with tags , , on August 21, 2009 by paparock02

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu… merayu… kepada-NYA tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
Sholat yang dikerjakan… sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu… bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
ku serahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang… bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malam mu engkau sibukkan dengan
Bertarawih… berqiamullail… bertahajjud…
Mengadu… merintih… meminta belas kasih
“Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
Tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru… kita cari… suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri… rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan… lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti… paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha… bersedia… meminta belas-NYA

Sketsa Ramadhan

Posted in Karya Seni, Katun, coretan with tags , on August 20, 2009 by paparock02

nie sketsa ramadhan thn lepas punya..entah cam mana idea leh dtg terus aku ajak din bergambar then buat katun khas utk buat bln ramadhan…

moral sketsa :- semoga tabah hadapi segala dugaan di bulan Ramadhan :D

katun-ramadhan3

Suatu ketika

Posted in Karya Seni with tags , , , on August 14, 2009 by paparock02

Di suatu ketika…..

aku-60an